Kokou no Hito

Kokou no Hito (孤高の人, secara harfiah "Peribadi yang Penyendiri/ڤى ريبادي ياع ڤى ڽى نديري"), juga dikenali sebagai The Climber (Sang Pendaki Gunung/ساع ڤى نداکي ݢونوع) dalam terjemahan bahasa Inggeris, ialah siri manga Jepun yang ditulis oleh Shin-ichi Sakamoto dan Yoshirō Nabeda. Gambar karya dilukis oleh Sakamoto, manga ini merupakan adaptasi novel oleh Jirō Nitta. Siri manga ini terbit di majalah Weekly Young Jump Shueisha dari bulan November 2007 sehingga Oktober 2011, dengan babnya tersusun dalam 17 tankōboncode: ja is deprecated . Manga ini berkisah mengenai pendaki gunung introvert yang mendaki gunung sendirian tanpa pasukan bernama Mori Buntarō (Arab Melayu: موري بونتارو, terinspirasi dari pendaki gunung sungguhan Buntarō Katō/بونتارو کاتو) yang tertarik dengan daki gunung selepas pindah ke sekolah baharunya dan kemudian meluangkan seluruh hidupnya sebagai pendaki gunung profesional, Buntarō bercita-cita hendak ke Pakistan bagi menaklukan muka timur K2.Pada 2010, Kokou no Hito memenangi anugerah Excellence Prize pada Festival Seni Media Jepun ke-14.

Kokou no Hito

Pencetakan Young Jump Comics
Majalah Asal Weekly Young Jump
Ilustrasi Shin-ichi Sakamoto
Demografik Seinen
Penerbit Shueisha
Jilid 17
Pengarang
Tarikh Pengeluaran 1 November 2007 – 27 October 2011

Rujukan

WikiPedia: Kokou no Hito https://web.archive.org/web/20160917190017/http://... https://web.archive.org/web/20211111085105/https:/... https://web.archive.org/web/20160917203103/http://... https://web.archive.org/web/20160917194213/http://... https://web.archive.org/web/20160420014229/http://... https://web.archive.org/web/20160917200807/http://... https://web.archive.org/web/20160917191129/http://... https://web.archive.org/web/20160917200245/http://... https://web.archive.org/web/20160917194232/http://... https://web.archive.org/web/20160917185603/http://...